JULAI 2023

RM2.25 Juta Bina Semula Rumah Penan


BARAM: Kerajaan Sarawak pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) meluluskan peruntukan sebanyak RM2.25 juta untuk membina semula 45 pintu rumah panjang masyarakat Penan di Kampung Long Leng di sini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, rumah panjang terbabit perlu dbina semula memandangkan strukturnya yang terlalu usang.

Kerja-kerja membina semula setiap pintu rumah panjang terbabit berharga kira-kira RM50,000, katanya semasa merasmikan Tadika Komuniti Sedidik Penan di Apoh/Tutoh dekat Kpg Long Leng di sini.

Abang Johari berkata, beliau telah berbincang dengan Ahli Parlimen Baram, Dato Anyi Ngau dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dennis Ngau berkaitan cadangan untuk membina semula rumah panjang berkenaan.

.

“Malah saya juga telah mendengar taklimat daripada Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah mengenai keperluan untuk membina infrastruktur lebih baik di rumah panjang itu,” katanya.

Sehubungan itu, beliau memutuskan untuk meluluskan peruntukan berkenaan supaya penduduknya dapat memiliki kediaman lebih baik seterusnya menambah baik ruang untuk anak-anak belajar.

Pada masa sama, beliau juga berkata kaum Penan telah melahirkan ramai pemimpin berkebolehan yang kini memegang jawatan sebagai pegawai di Jabatan Residen dan daerah di Sarawak.

GAMBAR: Unit Komunikasi Awam Sarawak - UKAS

Sumber dari : Jiwa Bakti